Total Pageviews

Tuesday 14 April 2015

Melayu Berjaya

Melayu Berjaya.

Melayu kalau cerita pasal kejayaan, dia akan bayangkan rumah lot 3 tingkat, gaji 5 angka, kereta BMW (kereta impian Melayu tipikal) dan bini macam mem yang pergi kubur pakai shades di pagi raya. Kalau dah kaya, boleh lah menyombong dengan jiran, boleh lah tayang kereta di kampung. Dekat nak mati boleh pergi kerjakan haji dan bagi lah sesen dua dari duit simpanan untuk 'pembangunan umat Islam' (biasanya akan disalurkan ke Palestin sebab sebut umat Islam mesti ingat Palestin) Dah buat empat benda tu boleh lah mati dengan tenang dan masuk jannatul ferdows. Ye lah, nak apa lagi dalam hidup, bodoh? Bukan macam kau, liberal, setan. Mesti belajar di negara orang kafir ni!

Berapa orang yang kena tipu dalam proses Melayu tadi berjaya bukan masalah Melayu. Kalau yang kena tipu tu bangsa lain, pahala Melayu bertambah. Kadang-kadang Melayu yang kena tipu. Semua tu bukan asam garam bisnes, tapi bangsa lain memang nak jatuhkan Melayu. Eh, kau tak tahu ke? Sah kau ni bodoh.

Orang melarat di sekeliling, Melayu tak kisah. Melayu akan sumbang duit bina masjid dan masalah akan selesai. Melayu dapat pahala, masuk syurga, orang dapat solat jemaah, masalah selesai. Apa lagi dunia mahu?

Menjadi manusia yang baik walau tak kaya material, berfungsi pada masyarakat, saling bantu membantu dan toleran pada satu sama lain tu semua bukan kejayaan namanya. Tu semua ajaran sesat dari barat.

Ni belum cerita 'Melayu berjaya' tadi test market masuk politik.

No comments:

Post a Comment