Benda ni pun Melayu susah nak paham sebab Melayu ni selfish.Pentingkan diri sendiri.Bagi Melayu,tugas jaga anak yatim ni tugas rumah anak yatim,bukan tugas mereka.Lalu anak anak yatim dihantar ke rumah penjagaan anak-anak yatim dan dibiarkan rumah tersebut menjaga mereka.Anak anak yatim perlukan keluarga,bukan mintak dihantar ke kandang.Apa jadahnya anak anak yatim dikumpulkan ke dalam satu kandang untuk menjaga mereka?Inilah konsep yang salah dalam masyarakat Melayu.Sepatutnya anak anak yatim diambil dan dijaga oleh keluarga keluarga angkat yang menjadi kan mereka sebagai ahli keluarga.Barulah mereka terasa dihargai dan ada tempat untuk bergantung.Bukannya dikurung didalam satu rumah dengan kanak-kanak yatim lain yang senasib dgn mereka.
Lebih menyedihkan,anak-anak yatim ini digunakan sebagai badut sarkis untuk ditaja sewaktu bulan puasa dan juga event event tertentu.Berkerumunlah org ramai untuk membayar kafarah dosa-dosa mereka dengan cara menyantuni anak anak yatim kononnya.Lalu datanglah syarikat korporat dan artis berkumpul tunjuk muka di rumah anak-anak yatim dan meraikan mereka dengan pelbagai hadiah dan makanan.Ada pulak hotel-hotel yang menjemput mereka berbuka puasa dihotel-hotel mewah.Apa benda ni?ni smua kosmetik yang digunakan oleh jalang untuk mengaburi mata orang ramai.Anak yatim bukan perlukan benda benda plasti macam ni.Anak yatim perlukan kasih sayang dan perhatian yang seimbang dalam hidup mereka.Mereka perlukan mak dan ayah serta adik beradik serta rumah dan persekitaran hidup yang sempurna.Bukan duduk dirumah yang dilabelkan sebagai rumah pengasih lah,rumah berkat lah dll.
Tuhan Melayu banyak kali berpesan didalam kitab suci Melayu betapa pentingnya menjaga hidup anak-anak yatim.Takkanlah tuhan suruh engkau buat kandang kemudian dtg ziarah setahun sekali.Macam tu ke kehendak tuhan?Poyo lah tuhan kalau macam tu suruhan beliau.Sudah tentu tuhan mahukan satu mekanisme yang ampuh utk memelihara anak-anak yatim supaya mereka besar menjadi insan yang seimbang rohani dan jasmani.Aku mintak Melayu hentikanlah membasuh dosa dengan cara melawat rumah anak anak yatim.Tukar cara berfikir bahawa anak anak yang kehilangan mak ayah harus dibela oleh kita semua,bukan disumbat kedalam kandang.
No comments:
Post a Comment