Total Pageviews

Thursday 2 April 2015

Negara Ini Melayu Punya

Fahaman "Negara Ini Melayu Punya" bagi aku adalah fahaman paling lunyai,songsang dan unprogressif.Untuk apa fahaman sebegini dibentuk oleh Melayu kepada generasi Melayu?Ini fahaman yang merugikan Melayu.Buktinya?Mereka hidup dalam ilusi yang mereka adalah pemilik negara ini.Pemilik apa kalau engkau papa kedana?Tanah ini adalah untuk masyarakat hidup saling bekerjasama.Dan manusia bukan menjadi baik kerana mereka adalah bangsa itu dan ini,mereka baik dan sejahtera kerana mereka faham tentang tugas-tugas menjadi manusia.Adakah engkau nampak Melayu faham tugas menjadi manusia?Walaupun mereka ada ugama.

Satu kebaikan yang engkau lakukan kepada manusia lain adalah rantaian kepada lain lain kebaikan yang akan datang.Begitu juga kejahatan.Kalau engkau Melayu tidak mampu melihat manusia lain sebagai sumber untuk berbuat kebaikan,aku cadangkan Melayu harus dikuarantin kerana mereka tidak layak hidup bermasyarakat.

No comments:

Post a Comment