Total Pageviews

Thursday, 2 April 2015

Kenan Melayu

Engkau pernah dengar pasal "KENAN"?Inilah produk Melayu yang hanya bersandarkan sangkaan semata mata.Engkau pernah dengar firman tuhan "Aku adalah seperti niat hambaku" . Aku tau engkau tak pernah jumpa ayat ni,sebab asyik dengar lawak ustaz.Melayu bukan suka membaca pun.Padan muka engkau!
Pantang Larang Berkaitan Kenan

1) Wanita mengandung dilarang mencaci atau bercerita mengenai seseorang yang cacat kepada orang lain, atau tidak digalakkan melihat orang cacat. Jika tidak,anak yang bakal dilahirkan juga akan cacat anggotanya atau terkena kenan.
2) Tidak dibenarkan mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil kerana dikhuatiri kenan.
3) Ibu bapa tidak boleh menyiat telinga lembu atau kerbau untuk dibuat tanda. Dikatakan, dengan berbuat demikian, anak yang bakal lahir akan lahir dengan tidak sempurna atau cacat.
4) Suami tidak boleh mencucuk sesuatu kerana kononnya anak itu akan lahir dengan bibir sumbing atau terkena kenan.
5) Wanita yang bakal menjadi ibu tidak dibenarkan memaki, memahat, mengail atau menyembelih ayam, atau binatang ternakan lain. Jika tidak, anak yang bakal lahir mungkin bibir terbelah atau mendapat kecacatan lain pada anggotanya
6) Ibu bapa juga dilarang menyembelih binatang-binatang ternakan, apalagi memburu. Kalau tidak, anaknya akan dilahirkan cacat atau hidungnya berdarah dan mempunyai perangai seperti haiwan tersebut.
7) Ibu mengandung juga tidak boleh melangkah atau memijak anjing ataupun kucing yang sedang tidur. Ini kononnya akan menyebabkan mata anaknya tertutup seperti mata anjing atau kucing yang sedang tidur itu
8) Keluarga atau orang yang mengandung tidak boleh menyeksa atau membunuh binatang. Ibu yang mengandung juga tidak boleh terperanjat atau mengenangkan sesuatu benda keterlaluan. Sekiranya ini terjadi, anak dalam kandungan akan terkena kenan atau cacat.
9) Orang yang mengandung kalau mengikuti betul-betul akan pantang yang dikenakan, tidak boleh memotong muncung ikan kononnya kelak anak mereka akan sumbing.
10) Dilarang juga wanita yang hamil mengingatkan sesuatu berlebih-lebihan,akibatnya nanti anak yang dilahirkan bersifat kenan atau cacat.

Dipetik dari website www.academia.edu

No comments:

Post a Comment