SURAT PEMBACA
'Bahasa Rempit Untuk Melayu Otak Sempit '
Salah satu fenomena yang amat menjengkelkan di kalangan anak muda Melayu sekarang ialah cara mereka menulis atau menaip ayat menggunakan bahasa rempit.
Cuba baca ayat-ayat di bawah ini:
"Aq chenta dea. P dea wat aq camney. Ary ny sak gle. Xd dlm dea uma. Aq n dea gado smew bab lakey len. Aq tasangka dea jewles n twase atey."
Boleh faham ke tidak apa yang ditulis? Ini adalah satu contoh dari banyak lagi yang bertebaran di media sosial.
Melayu membawa stigma sebagai bangsa yang pemalas. Malas bekerja, malas belajar dan malas berfikir. Jangan lah pula bangsa lain menuduh Melayu sebagai bangsa yang malas menaip dan mengeja.
Kalau sudah berkeras tidak mahu bercakap dalam bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya pelihara lah bahasa ibunda anda. Jangan mencacat-celakan bahasa anda dengan menggunakan ejaan yang merapu sehingga membuatkan orang sakit hati untuk mentafsir apa yang anda ingin sampaikan.
Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa maruah bangsa itu adalah pada bahasanya. Begitu benar kata pepatah itu. Maka jaga lah martabat bahasa anda kerana bahasa juga mencirikan keperibadian anda.
No comments:
Post a Comment