ANDARTU
Anak dara tua.Inilah gelaran yg merendahkan wanita Melayu.Suatu gelaran yg menghina wanita.INI AJARAN ISLAM ATAU MELAYU?
Bagi Melayu,hidup wanita terutamanya,hanya bahagia dan sempurna jika mereka berkahwin dan punya anak.Aku percaya ramai wanita yang inginkan kehidupan sebegitu.Tapi apakah mereka akan bahagia dengan lelaki Melayu yang pemalas dari semua segi?Basuh baju malas,kemas rumah malas,lipat baju malas,jaga anak malas,ajar anak malas,tukar lampin anak malas,buat air sendiri malas.Itu belum masuk bab perangai lain yg negatif.Apakah ANDARTU harus menamatkan zaman bujang mereka dgn lelaki sebegini?Tuhan Melayu berkata "LELAKI ADALAH PEMIMPIN BAGI KAUM WANITA". Mampukah engkau memimpin?
Kepada anak dara yang belum berkahwin,hiduplah dengan keyakinan bahawa kebahagiaan itu datang dari pemikiran yg positif dan keyakinan untuk mengejar impian anda.Dan jangan tunduk dengan kata kata dari spesis melayu disekeliling anda.
No comments:
Post a Comment