Melayu, tak salah kau nak masuk syurga. Kalau kau nak masuk neraka jahanam sekalipun, itu memang lantak kau. Hampir semua agama ada konsep buat baik balasannya baik. Mereka ada versi balasan masing-masing. Tapi balasannya tu macam mana mungkin terpulang pada persepsi si pembuat baik sebenarnya.
Bagi Melayu, kalau orang 'kapir' buat baik perbuatannya sia-sia. Perkataan 'sia-sia' yang digunakan Melayu ni memang menarik bila kau amati. Bila kau tanya betul-betul Melayu ni, tahu lah kau bahawa sia-sia tu maksudnya tak dapat masuk dalam akaun pahala, dan tak dapat masuk syurga. Muslim di seluruh dunia ada pemahaman yang lebih baik pasal istilah buat baik, niat pelaku dan hasil kebaikan tadi, malah arah tuju pelaku setelah kematiannya.Tapi kau kena faham. Quran diturunkan kepada Melayu. Islam lahir di kalangan Melayu.
Melayu selalu ada interpretasi sendiri tentang agama. Tak kan ini pun kau tak tahu?
Sidang Melayu sekalian. Orang yang selalu berbuat baik tak kira agamanya apa, orang sekeliling akan menghormatinya, meneladaninya, mahu berbuat baik sama atau lebih, malah akan membalas juga perbuatan baik pelaku pertama tadi. Ini selanjutnya melahirkan persekitaran yang lebih baik, masyarakat yang lebih baik. Cuma kau perlu ingat baik buruk itu subjektif, ia mengikut masyarakat yang mana kau hidup di dalamnya. Dalam masyarakat majmuk negara, penting untuk buka minda tu lebih sedikit. Dalam keadaan macam ni pun, common sense dan moraliti universal sentiasa wujud maka janganlah gelabah, Melayu.
Orang ke syurga atau tidak, bukan urusan Melayu. Bila Melayu nak faham benda ni? Esen perbuatan baik adalah supaya manusia itu sedar kemanusiaannya, menolong diri dan membantu manusia lain. Perbuatan sebegini tidak pernah sia-sia. Tamadun manusia terbentuk dengan kerjasama umat manusia. Kau mampu hidup sekarang ni pun sebab dunia belum betul dihancurkan lantaran wujudnya kerjasama orang terdahulu dan orang di sekeliling untuk menjaganya. Selagi kau hidup di dunia, hargai nilai-nilai ini. Jangan sibuk orang masuk mana lepas mati. Bukan urusan kau, Melayu.
Ya, berbuat baik itu sendiri pun, tidak semestinya suruhan agama semata. Manusia ada akal rasional, ada kesedaran kendiri, ada emosi yang melahirkan sifat belas kasih, digabung dengan akal fikiran yang membuat mereka saling menghormati sesama sendiri.
No comments:
Post a Comment