Total Pageviews

Friday, 3 April 2015

Melayu Selfish

Engkau perati orang Melayu.Mereka suka berkumpul tapi dengan tujuan tujuan remeh.Sebenarnya mereka selfish.Kalau berkumpul untuk kenduri,makan makan,sembang kosong atau huha huha,mereka berkenan.Datang pun punctual.Mereka akan gelak dan boleh minum sampai pagi.

Tapi kalau ajak untuk fikirkan pasal masalah masalah rakyat,tetangga,org miskin,org cacat,mereka akan jadi culas,mereka malas,mereka cari banyak alasan.Kadang kadang mereka langsung tak terfikir untuk solve apa apa problem.Mereka cuma mahu goyang kaki dan tak diganggu.Mereka selfish tapi mereka tak sedar mereka selfish.Bagi mereka selagi makan pakai mereka terpelihara,maka itulah yg terbaik.

Mereka memilih untuk bergelak ketawa dan cuba menafikan masalah mereka sendiri.Mereka takde iltizam untuk mengubah sesuatu.Ini bukan benda baru.Amalan hidup Melayu tepu dengan amalan sama yang diulang ulang semenjak berkurun lamanya.Mereka tak suka selesaikan punca masalah,tapi memberontak bila tersepit dan akhirnya mengamuk.Mereka macam budak budak.

No comments:

Post a Comment