Total Pageviews

Tuesday 28 April 2015

Penyatuan Melayu..Hanya Ilusi Lembu

Engkau pakai Viva,anak wakil rakyat Melayu pakai Bentley,Lamborghini.Engkau duduk rumah sarang merpati 900 sq ft,menteri dan ahli parlimen serta korporat Melayu duduk banglo dan mansion harga 3 juta.Engkau ingat mereka nak bersatu dengan engkau atas nama Melayu???Bodoh betul Melayu.

Helo Melayu...
takde manusia nak bersatu atas nama bangsa.Ada ke org kaya Melayu yg drive BMW X6 dtg rumah engkau ajak engkau minum kat Mont Kiara sebab rasa nak bersatu atas nama Melayu.Puiii!.Bullshit lah kalau ada.

Jadi,penyatuan Melayu ni ilusi saja.Engkau Melayu jgn jadi bodoh.Manusia bukan tengok pada kulit engkau untuk bersatu.Melayu kaya akan berkawan dgn Cina kaya dan India kaya.Melayu miskin jgn pasang angan angan nak berdamping dgn Melayu kaya sebab kau kongsi nama Muhammad atau kau kongsi satu tuhan.Pundek lah!!.

So Melayu engkau kena sedar diri lah sikit.Manusia hanya bersatu atas kelas pengguna dan kapitalis,buruh dan bangsawan.Ini engkau kena paham.Benda ni senang je kalau engkau nak berfikir.Kalau engkau malas baik engkau jadi lembu atau tapir.

Manusia tak kira Melayu,Cina,India,mat saleh,Bangla,ada kecenderungan untuk tamak dan mempergunakan manusia lain untuk kepentingan diri mereka sendiri.Ini fitrah manusia dan telah berlaku semenjak manusia wujud.Pertentangan ini tak akan habis dan selesai.Jadi engkau jangan jadi lalang.Dan engkau jangan jadi bodoh pulak.Melayu yang menindas engkau akan gunakan pelbagai alasan untuk mengaburi mata engkau.Betapa indahnya dapat bersatu atas nama Melayu.Betapa kuatnya Melayu jika bersatu.Sapa punya idea ni?engkau nak bersatu untuk lawan sapa?sapa musuh engkau sehingga menyebabkan engkau perlu bersatu.Entah entah musuh engkau ialah diri engkau sendiri.Kebodohan engkau sendiri.Betul tak?

Kita hidup dengan undang undang yang seharusnya universal,sejagat.Engkau perlu hidup dgn nilai diri engkau,bukan bergantung dengan kulit engkau.Engkau kena hidup dengan usaha dan ilmu yg engkau dapat,bukan sebab bangsa engkau apa.Kalau engkau seorang yang "firm" dgn jatidiri diri engkau sendiri,engkau boleh persetankan pasal penyatuan bangsa.Jangan jadi keldai tunggangan manusia manusia yg punya kepentingan perut dan organ dibawah perut.

1 comment: