Total Pageviews

Thursday 2 April 2015

Melayu Kuat Mengeluh

Melayu ni bangsa kuat mengeluh.Tak habis habis mengeluh,meratap.Tapi action tarak.Kemudian bagi tuhan buat kerja mereka kononnya takdir.Semua salahkan tuhan.Aku bercakap psl budak Melayu khususnya dan budak remaja secara am,yg mati atas jln sbb bawak motor laju.Cuba engkau tgk design motor skrg.Apa engkau nampak?Motor skrg mmg dicipta sbg platform untuk budak budak muda mati.Mereka digalakkan untuk bawak laju dan kojol diatas jalan raya.Ada Melayu pernah fikir dan berforum pasal design motor?Ada puak puak Melayu buat kertas kerja dan berdemo pasal design motor yang membunuh ini?

Ini bukan pasal bangsa bukan Melayu yang jual motor dan kaya,ini pasal produk yg menyumbang kepada kematian mengejut remaja,budaya hedonisme,budaya rempit,bohsia dll.Ini semua tentang satu pihak yg tidak peduli tentang sahsiah remaja dan satu pihak tidak peduli kenapa anak anak mereka jadi liar dan mati kojol diatas jalan.Ini semua penyakit masyarakat yg sudahpun tak terkawal.Motorsikal seharusnya hanya sebuah pengangkut.Bukan mesin perlumbaan.Iklan iklan motor kapcai juga mengajak remaja untuk berlumba dan mati kojol diatas jalan.Dimana pemimpin Melayu yg mahu berfikir dan bertindak tentang perkara ini?

No comments:

Post a Comment