Total Pageviews

Thursday, 28 May 2015

MELAYU JUARA DADAH.NAPE??TAK PERCAYA?

(Tak percaya pergi jadi lembu lahh)

Kos pembiayaan sehari seorang penagih dadah di pusat-pusat serenti dianggarkan bernilai RM12.07 atau RM4405.55 setahun. Ini bermakna kos keseluruhan untuk setiap penagih bagi sepanjang dua tahun di pusat serenti ialah RM8811.10 dan tidak perlu dibayar balik sebagaimana para pelajar yang meminjam daripada MARA, PTPTN dan sebagainya. Kos ini dibiayai sepenuhnya oleh para pembayar cukai yang budiman!

Secara purata sejak 1998 hingga 2004, Agensi Antidadah Kebangsaan (ADK) membelanjakan kira-kira RM90.86 juta setahun untuk program-program pengurusan dan pembangunan yang berkaitan dengan pencegahan, pemulihan dan rawatan dadah di Malaysia.

Dalam bentuk kumulatif ia berjumlah RM636.085 juta iaitu satu jumlah yang cukup besar yang membolehkan sekurang-kurang 2 buah unversiti baru dibangunkan dengan menggunakan peruntukan ini. Jika tidak pun, wang sebanyak ini adalah lebih baik jika dapat disalurkan kepada modal insan-modal insan yang sedang atau bakal menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dalam bentuk biasiswa. Rasanya ini lebih bermakna dan penggunaan wang tadi terarah untuk aktiviti yang produktif. Hakikatnya inilah jumlah wang yang dibelanjakan kerajaan untuk mengatasi masalah dadah di Malaysia iaitu masalah yang secara majoritinya dilanggan oleh belia Melayu.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), sejak tahun 1988 sehingga 2005 terdapat 289,763 penagih dadah berdaftar di seluruh negara. Bagi tahun 2005 sahaja terdapat 32,808 orang penagih dadah telah dikesan di mana 53.09% daripada jumlah ini merupakan penagih berulang. 68.10% daripada penagih dadah yang dikesan pula untuk tahun yang sama adalah penagih Melayu.

5 comments: