Hari pertama engkau langgar traffic light,tak semestinya engkau kojol kena langgar.Kali ke 100 pun sama.Tapi setiap kali engkau buat keje bangsat macam ni,engkau dah semaikan satu nilai bangsat dalam diri engkau iaitu cuai,langgar peraturan,cincai dan tak hormat manusia lain.Diwaktu yg sama,engkau dah semai satu lagi benih keje bangsat ni pada setiap orang yg tengok kelakuan engkau terutama remaja.Remaja akan tengok dan berfikir bahawa ini perkara yang biasa dibuat dan tidak ada salah.Akhirnya ia jadi budaya.Pada suatu hari,mungkin adik pompuan engkau akan dilanggar di traffic light oleh pemandu yg langgar lampu merah sptmana yang engkau ajar mereka beratus ratus kali sebelum ni.Masa tu jangan salahkan tuhan.Baca Yassin seribu kali pun tak boleh nak repair muka adik pompuan engkau yang dah pecah.Manusia di negara kafir,pukul 3 pagi takde orang lalu pun mereka tak langgar lampu merah.Sbb mereka ada keinsafan dalam diri.Mereka tak perlu doa taubat hari hari untuk jadi baik dan mengikut peraturan.
No comments:
Post a Comment